Saturday, December 11, 2010
hurm....aku pelik kenapa hati aku masih terluka dengan sikap manusia yg mempunyai darah yg sama dan serupa jenis keturunan yg mengalir dlm tubuh mereka...akan aku sentiasa berharap agar tiada lg pertelingkahan yang akan berlaku..namun,satu-satu masalah yg timbul dan isunya hanyalah kerana perkara yang kecil je..aku dh penat nak menangis dan aku dah terlalu banyak mengalah utk semua...dari aku kecil sampailah umur aku dh 24 tahun...
apa selama ni tak cukup ke apa yg dh aku berikan?tak cukup ke aku hanya memandang setiap apa yg berlaku depan mata aku dengan linangan airmata dan suara aku tersekat dikerongkong ketika hati meronta utk mengungkit setiap apa yg pernah terjadi...masih tidak puas ke mereka melihat aku mengalah..memendam rasa setiap apa yg membuat aku terluka dan kecewa...
aku cuba utk leraikan setiap apa yg terjadi satu persatu...aku sentiasa mengibarkan bendera putih mengalah setiap kali ade pertelingkahan.....hanya kerana apa?hanya kerana 2 wajah tua yang kadangkala bagaikan sesak nafas melihat situasi itu...wajah kedua-dua itu yg buat aku sering mengalah menarik diri...
tetapi kerana 2 wajah tua itu juga....terlalu dan sering "memberi muka" kpd mereka membuatkan mereka bagai gila naik kepala dan mendabik dada bagaikan mereka sudah dewasa...sedangkan umur itu baru setahun jagung mengenal dunia...si sulung pula tak perlu diceritakan lagi kerana dia hidup ibarat tiada keturunan lg...hidup berpaksikan realiti ciptaan dia sendri namun bile ade masalah menjengah dtang tersipu2 meminta pertolongan dgn dua wajah tua itu...
aku sendri celaru dengan situasi ini semua...org lain,hidup sama berkeluarga punyai abg kakak dan adik2..boleh je hidup bahagia..ketawa menangis bersama...susah senang bersama-sama...SUMPAH aku x pernah rasa macam tu...teringin utk rasa situasi itu dan kadangkala hati aku terusik melihat keakraban keluarga lain yang begitu...
sampai bila harus begini..aku terlalu letih dan terlalu penat utk lalui setiap apa yg berlaku ini...kadangkala terlintas di hati ini..meminta pada Yang Esa utk pendekkan usiaku ini...moga dgn kepergian aku tidak lagi akan menyusahkan mereka dan aku xperlu lg memendam rasa dan berempang air mata....
tiapkali situasi pertelingkahan itu terjadi,dadaku bagaikan dihimpit batu besar....aku sesak...aku saket....dan aku berempang airmata mengenangkannya...kerana waktu itulah 2 wajah tua itu akan menunding jari padaku...kerana apa?kerana sikap memberontak aku....aku memberontak bukan kerana aku inginkan perhatian...hanya kerana aku rasa tertekan...rasa rimas dan rasa sangat kecewa...setiapkali aku berbuat baik...aku mendengat turut kata perintah wajah tua itu,mereka tidak pernah mhargainya....mereka tidak merasa bangga akan apa jua pencapaian aku...dr aku tadika hinggalah kini...
ape perasaan kalian jika kalian sendiri dia dlm situasi aku....aku xdiminta utk lahir ke dunia utk menghadapi situasi ini...IYE aku faham...aku diduga begini hanya kerana Maha Esa mahu melihat bagaimana aku handle masalah yg aku hadapi..adakah aku berjaya utk laluinya sebagai umat-Nya...dan aku tahu dugaan yg datang itu adalah untuk mengingatkan aku pada Yang Esa...
0 comments:
Post a Comment